Saya dah dengar banyak kali tentang kelebihan menulis blog. Ada banyak orang saya dengar, tapi antara orang yang saya paling ingat dan selalu dengar ialah Seth Godin. Dia antara ikon pemasaran, penulis buku best seller, pemikir dan banyak lagi jawatan yang orang beri pada dia kerana hasil kerja yang dia hasilkan.
Taip saja nama dia di Google, anda akan jumpa banyak maklumat tentang Seth Godin. Antara pelajaran yang saya ambil dan saya sedang praktik kan sekarang ini ialah amalan menulis blog. Dia selalu cakap dalam sesi interview atau podcast, supaya setiap orang menulis atau bloging setiap hari.
Dan ini antara kelebihan bloging atau menulis:-
1. Ia membantu kita untuk berfikir dengan lebih kreatif.
Apabila kita menulis, kita akan mengeluarkan segala maklumat yang terkandung dalam otak kita. Jadi dengan menulis ia akan merangsang otak kita untuk berfikir setiap hari. Otak yang selalu berfikir akan membantu kita menjadi lebih kreatif.
2. Membantu menenangkan emosi.
Anda rasa gelisah, takut, malu dan marah? Cuba anda menulis, anda akan dapati emosi anda kan berubah menjadi baik selepas anda menulis.
Apabila anda menulis, anda akan luahkan segala macam perkara dalam kepala anda di atas kertas. Ini akan melapangkan dan menenangkan minda anda.
Azam 2024
Oleh kerana itu, antara azam saya tahun 2024 ialah saya mahu menulis atau blog setiap hari.
Matlamat saya pada tarikh 31 December, 2024.
Saya ada 365 posting di blog Shair Kadri ini.
InshaAllah, Amin.
No comments:
Post a Comment