Saya banyak mendengar interview Seth Godin dan membaca buku yang ditulis oleh beliau.
Ini antara kata-kata yang selalu diungkapkan oleh Seth Godin - Who is for? and What is for?
Simple saja tapi besar maknanya jika kita fahami dengan mendalam.
Berikut adalah pelajaran yang kita boleh ambil dari kata-kata Seth Godin.
1. Pilih audience yang kita nak bantu.
Kita perlu pilih siapa yang kita nak bantu dengan blog kita. Blog kita ini menyelesaikan masalah apa dan siapa?
Sekiranya audience tersebut membaca blog kita, adakah masalah mereka selesai?
Pilih aundience yang kita suka nak bantu. Pilih audience yang kita ambil berat.
2. Apa perubahan yang kita nak bawa.
Kita perlu tahu dengan jelas apa perubahan baik yang kita nak beri pada audience.
Apa masalah audience yang kita nak selesaikan.
Apabila kita tahu masalah yang kita nak selesaikan dan perubahan yang kita mahu pada audience, maka setiap perkara yang kita tulis dalam blog akan menjurus ke arah ini.
No comments:
Post a Comment