Saturday, November 11, 2023

5 cara trik diri sendiri untuk menulis setiap hari.

Kita semua tahu kelebihan menulis setiap hari. Tak kira lah kita menulis di atas kertas atau di blog, yang penting kita kena menulis setiap hari. We must showing up without fail.

Tapi itu lah, bukan mudah untuk showing up every day. Oleh kerana itu, kita perlu susun strategi supaya kita mampu menulis setiap hari.

Ini antara strategi yang saya gunakan untuk terus menulis setiap hari.

1. Tahu dengan jelas kenapa menulis?

Kita kena tahu kenapa kita menulis ni? Kita kena tahu manfaat yang kita akan dapat sekiranya kita konsisten menulis. Penting untuk kita tahu manfaat yang kita akan dapat supaya kita lebih bersemangat.

Sebab kalau perkara itu tidak ada manfaat pada kita, buat apa kita nak buat, betul tak? Dan kita perlu pastikan yang manfaat itu selari dengan impian kita.

Macam saya, impian saya ialah untuk membina satu komuniti atau tribe saya boleh beri manfaat. Selain itu, saya selalu dengar dari Seth Godin, menulis dapat membantu kita menjadi kreatif.

Jadi ini lah manfaat yang saya mahukan dari menulis. Bina komuniti atau tribe yang follow saya dan juga membantu saya berfikir secara kreatif.

2. Buat jadual setiap hari.

Macam mana kita boleh pergi kerja setiap hari? Bagaimana kita boleh makan tengahari setiap hari? Antara sebab kita boleh lakukan aktivit setiap hari ialah sebab kita dah siap-siap jadualkan aktiviti tersebut.

Kita dah siap-siap letak setiap hari pukul 9.00 pagi hingg pukul 5.00 petang, kita mesti pergi kerja. Kita dah siap-siap letak dalam jadual, pukul 1.00 tengahari hingga pukul 2.00 petang ialah waktu makan tengahari.

Apabila sampai waktu, kita terus secara automatik akan buat aktiviti yang kita masukan dalam jadual.

3. Susun supaya mudah untuk mula.

Ini sangat penting sebab nanti ada masanya kita akan rasa malas dah buat aktiviti yang kita telah jadualkan. Jadi antara cara untuk trik diri sendiri ialah kita mudahkan cara untuk mula. 

Perasan tak, biasanya perkara yang susah ialah untuk mulakan sesuatu kerja itu. Tapi bila dah mula perasaan itu akan hilang.

Jadi, kita perlu mudahkan cara untuk mula.

Contoh - Saya dah siap-siap tentukan dalam minda yang saya hanya perlu tulis 5 ayat atau satu perenggan saja setiap hari. Saya tidak akan menulis dengan panjang.

Selain itu, saya juga sudah tentukan yang saya akan tulis apa saja yang saya mahu. Apa yang penting saya just menulis di blog dan publish setiap hari.

Ada banyak lagi trik yang saya gunakan, tapi 3 ini adalah yang utama saya buat sekarang ini.


No comments:

Post a Comment

Bagaimana nak bina bisnes ketika kita tiada apa-apa?

Kita tiada modal, tiada kenalan, tiada pengalaman, tiada idea nak jual apa. Kita betul-betul kosong. Apa nak buat? Di mana nak mula? Mula de...