Nak konsisten menulis blog ni bukannya mudah. Mungkin dalam seminggu kita boleh konsisten menulis, tapi lepas seminggu, lepas 2 minggu belum tentu lagi kita boleh konsisten menulis setiap hari.
Ada saja halangan atau perkara yang menghalang kita untuk menulis. Halangan paling besar untuk konsisten ialah diri kita sendiri.
Biasanya diri kita sendiri yang membuatkan kita tak konsisten dalam menulis. Kadang-kadang tak da halangan pun atau mungkin ada halangan tapi tak la besar mana halangan tu pun. Tapi kita sendiri yang melebih-lebihkan membesarkan halangan tersebut. Kita sendiri yang jadikan halang tu sebagai alasan untuk tidak menulis.
Kenapa kita cipta alasan ni? Sebab kita nak sedapkan diri kita sendiri. Kita tahu yang kita kena menulis setiap hari, kita tahu yang kita kena konsisten menulis setiap hari. Kita pun dah berjanji pada diri sendiri untuk menulis setiap hari.
Maka kita akan rasa tak sedap hati kalau kita menyalahi janji pada diri sendiri. Oleh sebab itu, otak kita akan cari alasan untuk menyedapkan hati kita tadi.
Oleh kerana otak kita boleh cari alasan untuk trik diri supaya kita tidak menulis setiap hari, kita juga boleh cipta alasan untuk trik diri kita supaya kita menulis setiap hari.
Klik sini untuk tahu antara cara untuk trik diri kita supaya menulis setiap hari.
No comments:
Post a Comment