Monday, November 20, 2023

Bagaimana nak bina bisnes yang remarkable?

 Apakah dia bisnes yang remarkable? 

Bisnes yang luar biasa. Maksudnya bisnes kita mudah buat jualan. Produk atau service kita menyelesaikan masalah pelanggan.

Pelanggan dapat hasil yang baik setelah membeli dengan kita. 
Pelanggan membelinya berulangkali. 
Pelanggan rekemen bisnes kita pada orang lain.

=

Bagaimana cara supaya bisnes menjadi remarkable?

Ini antara formula yang saya dapat setelah membaca buku dan mendengar pod cast Seth Godin.

1. Fokus kepada audience atau target market yang spesifik.

Kita tak boleh bina produk kepada semua orang. 
Kalau kita bina produk untuk semua orang, bermaksud kita bina produk yang averaga kepada average people.

Ini disebabkan setiap orang berbeza dan tak sama. 
Setiap orang berbeza masalah yang mereka hadapi.
Setiap orang berbeza reason kenapa mereka nak selesaikan masalah tersebut.

Walaupun kadang-kadang kita liha masalah yang dihadapi oleh audience itu sama, tapi belum tentu solusi yang kita beri itu sama. 

Sebab setiap orang mentafsir sesuatu masalah itu dengan cara berbeza.
Ia bergantung kepada situasi, nilai dan kepercayaan seseorang itu.
Setiap orang berbeza nilai dan kepercayaan mereka.
Setiap orang berlainan worldview.

Contoh.

Ada orang dapat makan nasi dan ikan pun dah rasa sedap dan mewah.

Ada orang makan nasi dan ikan itu tak sedap. Dia kena makan nasi dengan 3 jenis lauk, baru rasa sedap dan mewah. 

Ada orang kena pergi makan di hotel secara buffet baru dia rasa sedap dan mewah.

Ia bergantung kepada keadaan dan situasi orang tersebut.

2. Buat produk atau service yang bernilai untuk orang lain bercakap.

Kalau kita jual kek harijadi. Orang tidak akan bercakap tentang kek tersebut kalau kita sekadar beri kek seperti yang di minta.

Orang akan bercakap apabila dengan kek tersebut membuatkan orang yang menerima terharu dan sayang dengan pasangannya.

Maksud, beri nilai atau manfaat lebih daripada apa yang dijangka kan oleh pelanggan.

=

Bagaimana nak mula?

1. Kita mula dengan small viable audience.

Kita mula tolong dengan audience yang kecil dahulu. Mungkin kita mula tolong 1 orang untuk selesaikan masalah mereka. Setelah itu, kita tolong 2 orang pula, kemudian 4 orang dan seterusnya berkembang.

2. Solve interesting problem.

Mungkin ada yang tanya. nak tolong apa?
Tolong selesaikan masalah pelanggan. 

Solve interesting problem - Maksudnya selesaikan masalah yang pelanggan mahu selesaikan. Selesaikan masalah yang akan memberi kehidupan lebih baik kepada pelanggan sekiranya masalah itu selesai.

Selesaikan masalah yang pelanggan selalu fikirkan. 
Masalah yang setiap kali sebelum tidur pelanggan fikirkan.


No comments:

Post a Comment

Bagaimana nak bina bisnes ketika kita tiada apa-apa?

Kita tiada modal, tiada kenalan, tiada pengalaman, tiada idea nak jual apa. Kita betul-betul kosong. Apa nak buat? Di mana nak mula? Mula de...