Friday, December 22, 2023

3 strategi saya untuk membaca dan menulis setiap hari

 Hari ni baru boleh dapat menulis. Setelah 2 minggu saya tak menulis kerana terlalu banyak perkara yang menghalang saya daripada menulis. Itulah tak mudah rupanya nak konsisten menulis setiap hari ni. Lagi-lagi dengan banyaknya perkara yang perlu dibuat setiap hari.

Biasanya perkara yang menghalang itu bukannya perkara yang terlaku penting sangat pun, biasanya ianya ialah kerja-kerja harian biasa saja. Kerja-kerja yang memerlukan perhatian kita segera. Kalau kita tak buat kita rasa susah hati, rasa tak senang.

Macam saya kerja-kerja yang sentiasa menghalang saya untuk menulis ini ialah kerja-kerja yang penting dan segera, contohnya kerja follow up pelanggan dan menghantar quotation. Kerja ini yang banyak mengambil masa saya. Kerja ini penting sebab kalau tak buat kerja ini, nanti tak da jualan. Kerja-kerja ini yang membawa jualan masuk, kerja ini hasilnya kita dapat lihat dengan segera, sebab itu saya rasa seronok je nak buat setiap hari.

Tapi masalahnya, kalau saya tak urus perkara ini, susah saya nak capai matlamat saya nak membaca, berfikir dan menulis setiap hari. 3 perkara ini sangat penting kalau kita nak berkembang. Warren Buffet kata, dia mengambil masa yang banyak untuk membaca, dari situ ilmu beliau berkembang, dan dengan ilmu itu beliau jadi antara orang yang terkaya.

Membaca ini impaknya kita tak nak sekarang. Impaknya kita hanya akan nampak dalam masa 3 ke 4 tahun ke atas, sebab itu kita rasa membaca ini macam tak penting saja.

Matlamat saya untuk tahun 2024 ini saya mahu penuhkan aktiviti harian saya dengan 3 perkara ini membaca, berfikir dan menulis.

Ini antara strategi yang saya gunakan untuk mencapai matlamat ini.

1. Saya turunkan kerja-kerja membuat jualan pada orang lain. Ini supaya saya ada masa untuk buat 3 kerja ini.

2. Saya kena cari orang untuk jalankan idea atau perancangan yang saya fikirkan dan keluarkan. Kalau rancang saja tapi tak da tindakan pun tak boleh juga.

3. Dari situ saya hanya perlu analisa dan pantau saja.

Mudah-mudahan saya dapatkan jalankan 3 strategi ini.

No comments:

Post a Comment

Bagaimana nak bina bisnes ketika kita tiada apa-apa?

Kita tiada modal, tiada kenalan, tiada pengalaman, tiada idea nak jual apa. Kita betul-betul kosong. Apa nak buat? Di mana nak mula? Mula de...