Thursday, January 29, 2026

Bagaimana orang biasa macam kita ni nak jadi kaya tanpa perlu modal yang besar dan kurang risiko?

Apa maksud orang biasa di sini?

Maksud orang biasa di sini ialah orang kebanyakan macam kita yang bekerja dari jam 8.00 pagi sampai 6.00 petang dan dibayar gaji setiap bulan.

Apa maksud kaya pada anda?

Kalau orang tanya, anda nak kaya?

Kebanyakan orang akan jawab, ya saya nak kaya. Tapi kaya yang macam mana?

Setiap orang mempunyai tafsiran yang berbeza mengenai kekayaan. Pada saya orang awam macam kita ni takda lah nak jadi kaya macam Bill Gates, Elon Musk, Steve Job yang mempunyai harta berbilion dolar. Kebanyakan kita mahu kaya yang boleh bawa kita keluar dari masalah kewangan kita.

Kita mahu bebas masalah kewangan

Kita mahu bebas membuat pilihan.

Kalau kita nak kereta harga 200k kita boleh beli, nak hantar anak sekali swasta kita boleh hantar, nak pergi bercuti luar negara kita boleh pergi, nak makan sedap sikit kita boleh beli.

Nak bantu orang kita boleh bantu, nak bersedekah 1k sebulan kita boleh beri dan sebagainya.

Kita mahu cukup duit untuk kita bebas membuat pilihan kita.

Berapa jumlahnya? Itu terpulang pada anda untuk menentukan.

Jadi bagaimana nak jadi kaya?

Antara cara untuk kaya ialah kita kena hasilkan sesuatu. 

Cuba kita lihat orang-orang yang kaya atau buat duit diluar itu, mereka mesti menghasilkan sesuatu.

Mereka hasilkan produk, hasil service, hasilkan konten, hasilkan buku, mereka hasilkan idea dan sebagainya.

Kita kena menghasilkan sesuatu yang orang mahu dan mereka masih tak tahu untuk dapatkanya.

Jadi kita datang dan beri je lah apa yang mereka mahu tu dan minta la mereka bayar.

Mereka sanggup bayar tinggi kalau mereka betul-betul nak benda yang anda hasilkan tu.

Bagaimana nak tahu apa yang orang mahu? Itu nanti kejap lagi saya cerita, kita pergi kepada masalah atau halangan utama yang biasa kita jumpa bila kita nak buat benda ni.

Apa masalah yang kita orang biasa ini selalu hadapi bila nak hasilkan sesuatu?

Ini antaranya.

Tak tahu nak mula dari mana, takut gagal, takut rugi, takut risiko

Tak da modal atau duit, tak cukup masa dan tenaga

Ini antara masalah atau halangan biasa orang macam kita hadapi. 

Maksudnya di sini kita mempunyai sumber yang terhad.

Apa solusi kepada masalah sumber yang terhad ini?

“Wealth is assets that earn while you sleep”

Kekayaan ialah aset yang boleh menjana duit ketika anda tidur.

Inilah solusinya.

Kita kena bina aset yang boleh menjana duit ketika kita tidur. 

Ketika kita tidak bekerja aset tersebut bekerja untuk kita.

Kalau kita hanya dapat duit ketika kita bangun bekerja , itu bukan aset.

Tapi itu adalah pendapatan aktif kita.

Kita kena bina aset supaya ia dapat menjadi pendapatan pasif kita, 

Bukan ke orang sekarang suka sangat nak cari pendapatan pasif.

Ini lah dia, bina aset yang boleh bekerja untuk kita ketika kita tidur.

Kenapa aset?

Sebab , aset ini ada leverage.

Apa itu leverage?

Leverage ialah pengganda kepada usaha dan kerja kita

Untuk mudah faham leverage ialah kita buat kerja sikit tapi hasilnya berganda.

Kita buat kerja sekali tapi hasil berkali-kali. Itulah leverage

Leverage sangat penting.

Tanpa leverage kita akan sentiasa tukarkan masa dan tenaga kita dengan duit

Ini contoh leverage.

Bayangkan kita mahu menggali lubang.

Kita guna cangkul, kita hanya boleh dapat 1 lubang dan lambat.

Tapi kalau kita guna jentera korek, kerja yang sama, kita boleh dapat banyak lubang dan ia lebih cepat. 

Jentera itu lah leverage.

Dalam dunia moden sekarang ini internet dan teknologi telah beri  leverage yang besar pada kita.

Terutamanya dalam proses berkomunikasi. Kita mahu menyampaikan mesej pada orang.

Dulu kita hantar surat untuk menyampaikan mesej, ia ambil masa yang lama.

Selepas itu, ada telefon, mesej dapat disampai dengan cepat tapi tetap terhad pada satu orang. Tak efektif kurang leverage.

Kita juga ada media seperti tv, radio, majalah untuk sampaikan mesej pada ramai orang.

Media ini ada leverage yang besar, tapi kena bayar mahal untuk media keluarkan mesej kita.

Kita tak modal yang banyak jadi tak efficient lah.

Sekarang kita ada sosial media seperti FB, Tiktok, Thread, YouTube dan selainnya - kita boleh sampaikan mesej pada ramai orang tanpa perlu berjumpa secara fizikal.

Malah, orang boleh terima mesej kita ketika kita tidur dan paling penting kita tak perlukan modal yang besar.

Inilah leverage.

Sosial media telah beri kita leverage yang besar pada orang biasa macam kita.

Ini lah aset yang kita kena bina iaitu media.

Media ialah aset yang boleh bekerja untuk kita ketika kita tidur.

Ia telah selesaikan masalah kurang modal, tak da masa dan tenaga.

Ia kurang risiko dan kita boleh mula sekarang.

Kalau anda ada hp dan internet, anda dah boleh mula.

Kenapa media?

Media ialah saluran atau platform untuk kita sampaikan mesej kepada orang tanpa perlu kita jumpa secara fizikal.

Bisnes atau jual beli berlaku dengan berkomunikasi.

Kita sampaikan mesej berkenaan produk atau servis kita kepada orang yang kita mahu.

Ramai orang dah kaya & buat duit dengan sebab media ni.

Contoh terkenal Khairul Aming la, dia rekod video masakan di sosial media.

Orang suka dan dia jual sambal dia.

Dato Alif Sukri siap boleh jual batu lagi melalui media.

Itu yang terkenal, yang kita tak kenal ramai je di luar tu yang buat duit dan bina kekayaan melalui media.

Kenapa dah bina media tapi masih tak boleh jana duit?

Ini perkara yang kita kena faham

Tugas media ialah bantu kita gandakan reach mesej kita kepada orang.

Kalau mesej yang kita beri itu hambar, orang tak suka, ia tak jadi juga.

Tugas media menggandakan hasil. Kalau hasil 0, maka kosong lah

1 x 0 = 10 , kalau 10 x 0 pun masih 0.

Jadi tugas kita ialah untuk menyampaikan mesej yang betul kepada orang yang betul.

Bab mesej ni kena belajar marketing, ada di ajar cara nak hasilkan mesej yang betul.

Kita patah balik pada ayat saya di awal tadi

Kita kena menghasilkan sesuatu yang orang mahu dan mereka masih tak tahu untuk dapatkanya.

Persoalannya, apa yang orang mahu?

Orang mahu manfaat untuk diri dia.

Apa yang orang tak mahu?

Orang tak mahu masalah.

Jadi kalau kita boleh bantu orang untuk selesaikan masalah dia , itu bermaksud anda telah beri manfaat pada dia. Dan orang sanggup untuk bayar anda untuk selesaikan masalah dia.

Kesimpulannya,

Untuk orang biasa macam kita ni jadi kaya.

Kita kena cari orang yang kita boleh selesaikan masalah dia.

Kemudian kita sampaikan mesej tersebut melalui media yang kita bina.

Ramai dah yang buat, cubalah.


No comments:

Post a Comment

Bagaimana nak bina bisnes ketika kita tiada apa-apa?

Kita tiada modal, tiada kenalan, tiada pengalaman, tiada idea nak jual apa. Kita betul-betul kosong. Apa nak buat? Di mana nak mula? Mula de...