Thursday, April 10, 2025

Berapa nilai masa anda?

Pernah tak terfikir berapa nilai masa anda? RM100 Sejam? RM1000 Sejam? RM20000 Sejam?

Kenapa kita mesti tahu berapa nilai masa kita?

1.Supaya kita tahu di mana kita nak letakan keutamaan kita.

2.Supaya kita tak serabut, overwhelm, acah-acah sibuk , tapi tak da hasil.

3.Supaya kita dapat uruskan masa.

4.Sebab masa dan tenaga kita terhad.

Bagaimana nak tentukan nilai masa kita?

1. Kena tahu apa nilai yang kita boleh beri?

2. Adakah nilai itu orang nak?

3. Cipta nilai dan berikan nilai pada orang nak.

4. Bagaimana nak naikan nilai diri kita?

*Naval cakap, selesaikan masalah orang. Berikan nilai atau sesuatu yang orang lain susah nak dapat ditempat lain. Atau orang lain tak boleh dapat selain anda.

*Kalau orang lain boleh dapat di tempat lain, maka nilai anda akan turun. Contoh  - masa awal pendemik Covid-19 hari tu, tiba-tiba harga pelitup muka naik sebab ramai orang perlukannya.

Pelitup muka habis dikedai, susah jumpa. Jadi ia sangat bernilai pada masa itu. Orang sanggup bayar pada harga mahal.

Tapi selepas pelitup muka mudah dijumpai, boleh dapat dimana saja, ianya kurang bernilai. Harga jadi murah.

*Bagaimana nak buatkan diri kita bernilai.

Naval Ravikant cakap - Pilih satu perkara yang anda nak kuasai dan kuasai dengan mendalam. Be authentic, jadi diri anda sendiri, sebab diri kita unik, dalam dunia hanya ada kita, tak boleh ada dua kita. Oleh itu, kalau kita tidak ada, orang lain tak dapat cari nilai itu pada orang lain.

Buat perkara yang pada kita seperti bermain, tapi pada orang lain benda itu sangat susah.

*Kalau ikut Scot Adam, kita gabungkan 3 skil untuk cipta nilai yang unik pada orang lain.

Contoh seperti Scot Adam. Siapa Scot Adam ni ialah seorang penulis dan pelukis karton yang popular di US. Siri kartun Dilbert telah memenangi banyak anugerah.

Kata Scot Adam, kita susah nak jadi top 1% dalam apa jua bidang yang kita ceburi, oleh itu kita cuba jadi top 25% dalam bidang yang kita ceburi.

Caranya dengan gabungkan 3 perkara.

Seperti Scot Adam, 

1. Melukis - Dia tidak lah hebat sangat melukis tapi boleh la melukis.

2. Melawak - Dia tidak lah hebat sangat melawak, tapi boleh la melawak.

3. Pengurusan - Dia tidak lah hebat sangat dalam mengurus, tapi ada pengetahuan dalam pengurusan.

Jadi Scot Adam lukis kartun yang bertemakan situasi di pejabat atau korporat. Kemudian diterapkan unsur-unsur lawak, sindiran dan jenaka dalam kartu tersebut. Ini menyebabkan kartun tersebut jadi unik dan menarik perhatian ramai orang.

Ryan Holiday - seorang penulis buku best seller.

1. Menulis - dia boleh menulis

2. Business 

3. Stoic life

Ryan banyak menulis buku buku berkaitan pembangunan diri dan perniagaan, kemudian dia masukan elemen stoic dalam buku-buku tersebut. Buku pertama beliau "The Obstacle Way" masuk carta best seller New York.

Stoic ni apa? ianya ialah fahaman atau prinsip kehidupan yang dipakai oleh ahli-ahli falsafah greek dahulu seperti Socrates, Epictus dan selainnya.

Dan ini apa yang saya sedang applikasikan dalam hidup saya dengan konsep di atas ini.

1. Menulis - Saya boleh menulis, maka saya bangunkan blog yang anda sedang baca.

2. Pembangunan diri - Passion saya lebih kepada pembangunan diri. Bagaimana kita nak perbaiki diri supaya kita capai impian kita. Jadi saya tulis topik-topik yang berkaitan pembangunan diri.

3. Falsafah/Konsep/Prinsip - Saya suka fokus kepada asas dalam sesuatu perkara yang saya lakukan. Apabila kita bercakap tentang asas maka kita akan bercakap tentang prinsip atau konsep sesuatu perkara. Oleh itu, saya banyak berkongsi tentann falsafah, konsep dan prinsip dalam setiap penulisan saya.

4. Perniagaan - Sememangnya saya seorang ahli perniagaan. Passion saya juga berniaga, oleh itu saya juga suka menulis tentang prinsip-prinsip bagaimana menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya.

5. Pemasaran - ini juga antara skil yang telah saya bangunkan sejak yang mula berniaga pada tahun 2013. Saya baca buku, pergi kelas dan saya applikasinya dalam setiap perniagaan saya.

Ini antara 5 perkara yang saya fokus untuk digabungkan menjadi satu produk yang bernilai.


Rujukan.

1. https://www.nytimes.com/2016/12/06/fashion/ryan-holiday-stoicism-american-apparel.html

2. https://tim.blog/2017/07/13/how-to-make-a-perennial-bestseller/



No comments:

Post a Comment

Bagaimana nak bina bisnes ketika kita tiada apa-apa?

Kita tiada modal, tiada kenalan, tiada pengalaman, tiada idea nak jual apa. Kita betul-betul kosong. Apa nak buat? Di mana nak mula? Mula de...