Ambil idea yang mudah dan buat sungguh-sungguh
“Take a simple idea and take it seriously.”
Nasihat ini saya ambil dari Charlie Munger, dia ni kira hebatlah dalam dunia pelaburan, dia juga kawan baik kepada Warren Buffet juga seorang pelabur. Kalau Google nama mereka berdua ni, keluar lah info pasal mereka ni.
Nasihatnya nampak mudah, tapi ramai orang terlepas pandang.
Dalam dunia yang serba kompleks ini, kejayaan sebenarnya tidak semestinya datang daripada idea yang besar atau strategi yang luar biasa.
Biasanya ia datang daripada idea yang simple atau mudah tapi dibuat dengan bersungguh-sungguh.
Ramai orang nak berjaya, tapi tak ramai orang yang komited.
Kita semua nak benda ni:-
Nak hidup senang, hati tenang, duit banyak, badan sihat, kerja yang stabil dan memuaskan.
Tapi kenapa tak semua orang capai?
Sebab ramai orang tak sungguh-sungguh untuk buat atau komited dengan proses untuk capai apa yang mereka nak.
Sebaliknya, mereka suka pilih jalan yang lebih kompleks.
Mereka rasa idea mudah itu tak cukup ‘power’ atau mereka sebenarnya tak nak susah.
Sebenarnya, jalan untuk berjaya itu mudah
Contoh:
Nak jadi pandai? → Baca 1 muka surat buku setiap hari.
Nak kurus? → Kurangkan makanan bergula setiap hari.
Nak sihat? → Jaga makan & bersenam secara setiap hari.
Nak kumpul duit? → Simpan sebahagian gaji setiap bulan.
Semua ini bukan perkara yang kompleks. Semua orang faham dan tahu. Tapi realitinya, tak ramai yang nak buat.
Sebab?
Kita tak sanggup tunggu lama.
Kita nak cepat nampak hasil.
Kita mudah hilang sabar dan sanggup ambil jalan shortcut.
Bahaya bila suka Shortcut ni.
Biasanya shortcut ini yang akan menyebabkan kita lambat capai apa yang kita mahu.
Orang yang suka shorcut ni biasanya mereka cepat putus asa bila sesuatu itu ambil masa, bila hasil lambat datang, atau bila proses itu memenatkan.
Contoh:
Ada orang buat bisnes sebab nak cepat kaya.
Tahun pertama, dia buat bisnes A.
Tahun kedua, nampak bisnes B lebih ‘hot’, dia tukar ke bisnes B.
Tahun ketiga, bisnes B tak jadi, dia tukar ke bisnes C.
Akhirnya, selepas 3 tahun dia masih berada di tahap yang sama — tiada hasil, tiada pengalaman mendalam dalam satu bidang.
Sedangkan, kalau dia fokus dan bertahan dengan bisnes A selama 3 tahun, mungkin dia dah kuasai strategi jualan, dah bina kepercayaan pelanggan dan ada kelebihan unik dalam produk tersebut.
Simple je kan idea tu?
Kejayaan bukan tentang idea yang besar. Tapi tentang buat idea kecil dengan bersungguh-sungguh.
Nasihat Charlie Munger ini ringkas, tapi sangat dalam maksudnya.
Jangan kejar shortcut.
Fokus, sabar dan beri masa pada usaha kita.
Konsistens dalam perkara kecil akan akan menghasilkan impak yang besar. Tapi bersabarlah...

No comments:
Post a Comment