Kalau anda baca tulisan saya bagaimana nak naik pangkat , anda akan terbaca saya kata jadikan diri kita orang yang bernilai pada majikan.
Tetapi mungkin ramai yang tertanya bagaimana nak jadi orang bernilai?
Di sini saya akan terangkan antara cara untuk menjadi orang yang bernilai.
1. Apa itu nilai?
Nilai ialah perkara yang kita beri pada orang, dan orang dapat manfaat dari perkara tersebut.
Kita tolong orang buta lintas jalan, orang buta dapat manfaat dari pertolongan kita, maka kita telah memberi nilai pada orang buta.
Kita siapkan laporan dengan lengkap dan kemas. Bos kita mudah baca dan dapat in-sight dari laporan yang kita buat tu. Maka kita memberi nilai pada bos kita.
Supaya lebih mudah untuk kita faham nilai ialah kita selesaikan masalah orang.
Kita tolong orang buta melintas jalan -- > kita bantu orang buta selesaikan masalah dia tak nampak untuk melintas jalan.
Kita siapkan laporang yang lengkap dan kemas ---> kita bantu bos kita selesaikan masalah susah nak dapat idea untuk perancangan akan datang, atau kita selesaikan masalah bos kita yang sibuk tidak ada masa untuk buat laporan tersebut.
Kata kunci di sini --> Selesaikan masalah orang.
2. Kenal pasti masalah orang.
Kita kena ada sifat sensitif. Kita kena ada sifat empathy. Cuba dengar apa yang bos kita cakap. Cuba faham apa syarikat yang mahu capai?
Kemudian fikir solusi pada masalah tersebut. Apa aku boleh bantu syarikat untuk capai matlamat syarikat?
3. Selesaikan masalah.
Setelah kita kenalpasti masalah maka sudah tiba masanya kita cari solusi pada masalah tersebut.
Katakanlah, dalam department anda, anda dapati kebanyakan data-data jualan tidak tersusun dengan teratur.
Apabila bos anda mahukan laporan jualan, bos anda terpaksa ambil masa yang lama untuk dapat maklumat tersebut. Bos anda kena lihat satu-satu secara manual.
Oleh itu, anda boleh selesaikan masalah data yang berterabur dengan menyusun data tersebut. Anda boleh saja menggunakan perisian Excel untuk susun data yang berterabur menjadi data yang tersusun dalam Excel.
Nanti bila bos anda mahukan sesuatu maklumat dari data tersebut, mudah saja untuk anda tarik keluar maklumat tu dari data.
Mungkin ada yang berkata, saya tak tahu nak susun data tu dalam Excel. Bagaimana saya nak selesaikan masalah tersebut?
Well, kalau anda berkata begini, ini sudah melibatkan diri anda. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Jika anda tak tahu atau tidak ada skil untuk menyelesaikan masalah, maka belajar lah. Anda tak tahu menggunakan Excel belajar lah Excel.
Banyak saja kelas-kelas yang ajar tentang Excel.
Kesimpulannya, kita yang tentukan apa yang kita nak dalam hidup ini. Kita yang kawal diri kita.
No comments:
Post a Comment