Selama 10 tahun saya membuat kerja-kerja di dalam bisnes, sekarang ini, ketika saya menulis blog ini , Khamis, 19 October, 2023, saya akan mulakan perjalanan saya untuk menjadi seorang CEO atau pemimpin bisnes yang efektif.
Saya akan cuba keluar dari bisnes secara perlahan-lahan untuk menjadikan bisnes saya berkembang dan maju.
Apakah 3 tugas hakiki seorang pemimpin bisnes?
Secara asasnya, ini adalah 3 kerja hakiki yang saya akan fokus untuk tambah baik dalam masa akan datang:-
1. Tetapkan strategi busines.
*Tentukan dengan jelas hala tuju bisnes, Tentukan apa kerja dibuat untuk capai halatuju tersebut.
2. Rekrut dan bina pasukan bisnes
*Cari bakat yang betul untuk jalankan kerja operasi bisnes.
* Komunikasikan dengan jelas hala tuju bisnes kepada pasukan bisnes.
3. Pastikan sumber mencukupi.
*Berikan sokongan cukup kepada pasukan bisnes supaya mereka boleh buat kerja dengan berkesan
*Termasuklah - duit, ruang kerja, alatan kerja dan latihan, bimbingan, dsb
Jadi kerja pemimpin bisnes bukan buat kerja-kerja dalam bisnes,
Kerja pemimpin bisnes ialah membina organisasi bisnes. Organisasi itu yang buat kerja-kerja dalam bisnes.
No comments:
Post a Comment