Monday, May 30, 2022

Mental Model - Bagaimana mahu membuat pilihan dalam dan keputusan terbaik dalam hidup?

Membuat pilihan dan keputusan.

Satu hari apabila Charlie Munger di tanya, apakah satu soalan terbaik yang dia akan tanya dia sendiri?

Charlie Munger jawab.

"If you ask not about investment matters, but about your personal lives, I think the best question is.

"Is there anything I can do to make my whole life and my whole mental process work better?"

And I would say that developing the habit of mastering the multiple model which underlie reality is the  best thing you can do. It's just so much fun - and it works so well.

Siapa Charlie Munger ni? Beliau ni antara pelabur yang terkaya di US. Di katakan nilai beliau sekitar 14 Billion dolar (check balik)

Dari statement tersebut kita faham, soalan yang selalu kita perlu tanya diri sendiri ini ialah bagaimana cara kita untuk berfikir menjadi lebih baik supaya kehidupan kita menjadi lebih baik?

Dan caranya ialah dengan membina tabiat untuk kita menguasai pelbagai model sebagai asas kepada kehidupan ini.

Kenapa beliau kata soalan tersebut adalah terbaik? 

Kita boleh lihat banyak masalah yang berlaku pada diri kita ini berlaku disebabkan kita salah membuat tindakan. Kita salah dalam membuat keputusan atau pilihan terbaik untuk diri kita. 

Pilihan yang salah akan menatijahnya kesan yang salah terhadap diri kita.

Dan antara cara untuk kita membuat keputusan atau pilihan yang terbaik ialah dengan mengusai pelbagai model yang menjadi asas kepada dunia ini.

Kenapa kita kena faham dunia ini?

Sebab kita sedang hidup di dunia ini. Setiap hari kita buat banyak pilihan, kita buat banyak keputusan dalam hidup kita.

Cuba kita lihat kehidupan kita dari kita celik mata hingga pejam mata, setiap saat kita membuat keputusan. Setiap tindakan kita adalah hasil dari keputusan yang kita buat. Oleh sebab benda itu sudah sebati dengan diri kita, kita tak perasan la proses kita membuat keputusan tu.

Tapi cuba kita duduk bertenang sekarang dan fikir , pagi tadi bila kita celik saja mata kita sudah membuat pilihan dan keputusan. Kita boleh pilih untuk tidur balik atau kita bangun terus kebilik air.

Sampai kebilik air kita buat pilihan sama ada nak mandi atau tidak. Kemudian kita mandi selepas itu, kita boleh untuk solat subuh atau tidak? Dan begitulah seterusnya, kita akan membuat pilihan setiap masa. 

Malah jika duduk diam tidak bertindak langsung pun itu dikira kita sudah membuat pilihan. Kita memilih untuk duduk diam daripada berjalan.

Kesan memilih.

Setiap tindakan yang kita buat akan memberi kesan kepada kita. Kesan tersebut kita boleh terus rasai sejurus kita membuat tindakan tersebut seperti kita minum air terus kita hilang dahaga.

Dan ada juga kesan tersebut kita tidak boleh rasainya dengan cepat, kita hanya boleh rasainya dalam jangka masa panjang seperti kita suka minum air manis setiap hari, dalam masa 20 tahun akan datang mungkin anda akan terkena penyakit diabetes. Kesan ini dipanggil compounding affect.

Ada tindakan yang memberi kesan kecil pada kita, yang mana ianya tidak memberi impak sangat pada kehidupan kita. Contohnya kita nak pakai baju warna apa hari ini? Kita nak pergi makan di kedai mana? Dan sebagainya.

Setiap pilihan yang dibuat hasilnya tidak lah memberi kesan atau impak yang besar sangat pada kehidupan kita.

Nak pakai baju warna apa? Pakai je lah baju apa pun, yang penting kita selesa dan menutup aurat.

Nak makan di mana? Makan sajalah di kedai mana pun, yang penting kita kenyang. Ikut lah selera masing-masing.

Namun begitu ada tindakan yang kita buat memberi kesan yang besar kepada hidup kita, terutamanya dalam jangkan masa yang panjang.

Contoh,

Bagi sigadis yang bujang - nak pilih si Ali anak pak imam atau si Abu anak jutawan? Tapi aku suka Azhari anak Pak Atan tu, hensem. :)

Pelajar yang baru habis SPM - nak pilih kursus accounting atau engineering? atau science computer? Tapi masalahnya result aku teruk ni.

Pekerja syarikat swasta - nak terus stay bekerja di syarikat sama atau berhenti cari kerja lain? atau nak terus berniaga?

Dalam situasi begini, kita perlu berfikir dengan mendalam untuk membuat satu-satu keputusan. Banyak perkara perlu di ambil kira.

Setiap keputusan yang dibuat akan memberi impak atau kesan pada perjalanan hidup kita. Kalau boleh kita nak pilihan yang kita buat itu memberi kesan yang baik pada diri kita.

Jadi bagaimana cara untuk kita membuat keputusan yang terbaik pada diri kita? Apa perkara yang perlu kita lihat dan ambil kira dalam membuat satu-satu keputusan tersebut?

Dunia yang kompleks.

Dunia ini tersangat besar. Ianya sangat kompleks.

Sebagai manusia yang lemah banyak perkara yang kita tidak tahu tentang dunia. Terutamanya perkara-perkara yang akan berlaku. Perkara-perkara yang bersifat future.

Namun begitu, kita sebagai manusia boleh mengkaji untuk memahami dunia ini. Ini kerana, dunia ini ada aturan dan hukumnya . Oleh itu, kita mampu membuat keputusan yang baik sekiranya kita dapat memahami aturan dan hukum di dunia ini.

Contoh.

Siapa yang berusaha akan dapat hasilnya

Bola yang dibaling dari atas akan jatuh kebawah di sebabkan hukum graviti.

Aturan, hukum atau prinsip ini kita boleh jadikan panduan dalam membuat sebarang keputusan atau pilihan dalam hidup kita.

Kita mungkin akan dapat membuat keputusan yang betul dengan kita mengikut aturan dan hukum di dunia ini. 

Dan sebaliknya kita tidak akan dapat membuat keputusan yang terbaik sekiranyan kita melawan aturan dan hukum dunia ini.

Mental model.

Mental model adalah salah satu cara untuk kita memahami dunia yang besar dan kompleks ini.

Model - bermaksud perkara yang diwakili dari dunia sebenar. Model kereta yang kecil itu mewakili kereta sebenar di dunia ini. Bangunan kecil yang dibuat oleh arkitek itu mewakili bangunan sebenar yang akan dibina nanti.

Mental - pula bermaksud proses kita berfikir.

Jadi mental model ialah rangka, cara, kaedah yang kita gunakan untuk berfikir bagi memahami dunia yang sebenar.

Sebenarnya setiap orang sudah ada mental model yang tersendiri. Cuma kita saja tak perasan. Cara kita berfikir banyak dipengaruhi dari persekitaran kita. 

Dari kecil bagaimana ibu bapa mendidik kita? Cara kita dibesarkan akan mempengaruhi cara kita melihat dunia ini. Ini akan membentuk mental model kita.

Buku apa yang kita baca, siapa kawan kita, maklumat apa yang kita selalu akan membentuk cara kita berfikir (mental model).

Secara asasnya, apa sahaja maklumat yang masuk ke dalam otak kita akan mempengaruhi cara kita berfikir. Dan ini akan membentuk mental model kita.

Oleh kerana itu, Kita perlu menapis maklumat-maklumat yang hendak dimasukan ke dalam otak kita. Ini kerana sekiranya maklumat yang masuk itu adalah sampah, maka sampah lah yang keluar dari kita.

"garbage in, garbage out" 

Orang tua kita dahulu pun sudah menggunakan mental model dalam kehidupan harian mereka. Mereka mendapatkannya hasil dari pengalaman mereka melihat alam ini. Sebab itulah banyak peribahasa yang keluar dari mereka berkaitan dengan alam.

Melentur buluh biar dari rebungnya - mendidik anak biar dari kecil

Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya - kalau tidak dikerja/diusahakan manakan dapat hasil atau berjaya.

Dan sebagainya.

Memilih mental model

Mental model yang terbaik ialah yang telah dibuktikan dari dulu sehingga sekarang. Ia perlu dibuktikan beribu tahun sepeti fizik & biologi ( refer artikel Josh Kauman)

Semua ini kita akan cerita lebih lanjut nanti.

Jadi cuba fikirkan apakan metal model anda? apakah rangka anda berfikir selama ini? adakah ianya betul.

Ini antara mental model yang saya sedang belajar untuk gunakan dalam kehidupan seharian.

1. First principle.  

2. Second thinking.  

3. Inversion.  

4. System thinking. 

5. Jalan Vs Matlamat.  

6. Compounding effect.  

7. Long term Vs Short term 

8. 80/20 rule - Pareto Principle  

9. Look at the tree, don't forget the forest.

10. Take a simple idea, and take it seriously. 

Kita akan kongsikan tentang 10 mental model ini dalam posting yang akan datang.



No comments:

Post a Comment

Bagaimana nak bina bisnes ketika kita tiada apa-apa?

Kita tiada modal, tiada kenalan, tiada pengalaman, tiada idea nak jual apa. Kita betul-betul kosong. Apa nak buat? Di mana nak mula? Mula de...